BEBERAPA bulan yang lalu, kecoh kisah pelakon terkenal Syafie Naswip dan pelakon baru Aishah Azman putus tunang. Namun perkara tersebut tidak berhenti di situ sahaja, apabila Aishah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.
Namun selepas dijalankan siasatan sepenuhnya dan Syafie secara sukarela datang memberi keterangan, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.
Sehubungan dengan itu, pihak Gempak menghubungi Syafie Naswip untuk mendapatkan reaksi beliau.
"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dengan keputusan siasatan yang dibuat dengan penuh telus oleh pihak berwajib.
"Sekurang-kurangnya ia telah membuktikan segala tuduhan yang dibuat ke atas saya adalah tidak benar dan saya berterima kasih dengan doa semua," kata Syafie kepada Gempak.
BACA: Gara-gara didakwa tumbuk bekas tunang, IG Syafie Naswip diserang 'tentera bawang'
Dalam laporan polis yang dibuat oleh Aishah sebelum ini, dia membuat tuduhan bahawa bekas tunangnya, Syafie Naswip memukulnya.
Gempak juga turut menghubungi peguam Syafie, iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah daripada Ashraff Al-Hizan & Associates untuk mendapatkan komen beliau.
"Alhamdulillah pihak polis yang menyiasat kes berkenaan aduan yang dibuat oleh bekas tunang Syafie telah memaklumkan kepada pihak kami secara bertulis bahawa siasatan telah pun dijalankan dan hasil siasatan tersebut telah dibawa kepada pendakwaraya.
Pihak pendakwaraya kemudiannya telah meneliti kertas siasatan tersebut dan telah membuat arahan agar Tiada Tindakan Lanjut (No Further Action) ke atas kes ini memandangkan tiada keterangan yang mencukupi untuk menuduh Syafie berkenaan aduan tersebut," terang Ashraff kepada pihak Gempak.
Syafie sangat bersyukur atas doa dan berterima kasih kepada keluarga serta peminat semua yang tidak putus-putus menghantar kata-kata semangat melalui Whatsapp, komen dan sebagainya di media sosial.
"Betullah pesan dan ingatan Mak setiap masa pada Ayie, doa orang yang teraniaya memang tiada hijabnya. Dan itulah yang Ayie doakan setiap masa.
"Saya rasa sangat lega dengan keputusan yang diberitahu oleh pihak peguam, tapi tidaklah sampai nak melompat," seloroh Syafie.
Syafie Naswip bertunang dengan Aishah Azman pada 7 April 2019 tetapi mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan pada 21 julai tahun yang sama.
Gempak
Thu Oct 24 2019
Syafie sangat bersyukur atas doa dan berterima kasih kepada keluarga serta peminat semua yang tidak putus-putus menghantar kata-kata semangat.
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
"Saya rasa lega, tapi tidaklah sampai melompat" - Syafie Naswip gembira tiada kes
Namun selepas dijalankan siasatan sepenuhnya dan Syafie secara sukarela datang memberi keterangan, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL).
Afiq Muiz beri amaran
Afiq menegaskan amaran tersebut menerusi akaun Instagramnya.
"Dah bau nasi minyak" - Syafie Naswip lamar Aishah Azman?
Foto pasangan yang dikatakan sedang hangat bercinta, Syafie Naswip dan Aishah Azman kelihatan berdua dalam suasana romantis di sebuah restoran mewah mendapat perhatian.